Thursday, June 9, 2011

~DIA TAKDIRKU~


Dalam orang lain sedang lena di hanyut mimpi selewat jam 3 pagi ini, tapi aku masih segar-bugar bagaikan tiada tanda menunjukkan aku perlu tidur. Ku belek kekasih hatiku yang ku bawa ia ke mana saja aku pergi. Ku cuba untuk hafal isi-isi kandungan. Namun aku tak berjaya. Fikiran melayang jauh. Lantas ku tutup ia kembali, dan ku letakkan ia di tempat asalnya..
“Sabar ye sayang...selepas subuh nanti insyaAllah, akan ku cuba baca tafsir kau.....” ku usap Tafsir Quran ku..
Arghhh...... benda apakah yang mengacau jiwaku sampai mataku masih tidak menunjukkan tanda2 untuk ku tidur... oh..baru ku sedar.. hati ku yang bermasalah rupanya..Allah...
Ku pasti..Saat ini mesti dia sedang lena di ulit mimpi setelah penat dia berjuang di medan ilmu dan dakwah. Dan semestinya dia tidur awal untuk memudahkannya bermunajat kepada Allah di malam hari. Mungkin sudah menjadi rutin hariannya bangun qiam andai dia dikejutkan oleh Allah. Doaku jua buat dirinya supaya Allah sentiasa kejutkannya bangun qiam. Tapi aku? Masih setia memandang keindahan fatamorgana ini. Arghh... kalau aku seringkali begini, layakkah aku mahu setanding dengannya??? Allah..
**********************************************************************************
Terimbau zaman silam...
“Insyirah Humaira’, betul kah enti nak tunggu ana ni??”,....mesej dari Ahmad Shahran Firdaus di baca berulang kali..
“Shahran, insyaAllah..ana sanggup tunggu.....”, balas Insyirah Humaira’ muktamad..
“Insyirah.... bagaimana kalau ditakdirkan kita tiada jodoh?? Ana khuatiri kelak hati enti akan terluka.. ana xnak perkara itu terjadi pada enti...”, Ahmad Shahran Firdaus merancakkan keadaan...
“Shahran...ketahuilah...insyaAllah..sebelum ana terjun dan terlibat dengan soal hati dan perasaan ini ana dah persiapkan diri untuk segala kemungkinan. insyaAllah, andai tiada jodoh antara kita kelak, ana redha dan hati ana xkan terluka kerana ana yakin dengan janji Allah..kerna janji Allah itu pasti....” Insyirah Humaira’ cuba meyakinkan Ahmad Shahran Firdaus.
“Baiklah..Kalau itu keputusan enti.. Ana hormat. Dan ana yakin dengan hati enti. Dan ingatlah Insyirah, andai telah di takdirkan dan tertulis di luh mahfuz yang ana milik enti dan enti milik ana, insyaAllah, kita akan dipertemukan. Sehingga itu, jaga diri, jaga iman, jaga hati dan jaga keseluruhannya.....Assalamualaikum....” , Ahmad Shahran Firdaus menghentikan bicara mesej.
“InsyaAllah.. Doakan yang terbaik. Dan selamat memperjuangkan “Isteri Pertama” enta..dan pesanan dari ana juga, andai dipertengahan jalan kehidupan kita, Shahran berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik dari ana dan enta suka padanya, katakanlah saja pada ana dan ana rela mengundurkan diri..enta juga jaga keseluruhan.. waalaikumussalam...”, pesanan terakhir Insyirah Humaira’ pada malam itu.
*************************************************************************
Kini hampir tiga tahun kami tak berhubung. Apatah lagi untuk bersua muka, memang tak kan pernah kami lakukan hinggap kami menjadi halal antara satu sama lain. Kadang-kadang terfikir aku, wujudkan jua cinta seperti yang aku alami ini? Tak pernah bersua, tak pernah berbicara, jarang berhubung.. arghh..kadang-kadang aku jua hampir-hampir tersungkur di pertengahan perjalanan apabila aku di uji dengan lelaki-lelaki yang ingin menagih cinta dariku. Namun, Alhamdulillah, satu persatu aku berjaya tepis godaan cinta dari lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin jua berkat dari doamu? Kadang-kadang hati disapa rindu kepadamu. Namun aku cepat2 tepis malai rindu itu. Aku tak nak apa yang aku perjuangkan selama ini menjadi sia-sia. Aku ingin kuat melawan nafsu. Aku ingin jadi muslimah tegar yang tak kan lemah dalam godaan dunia fana ini. Namun, walau sekuat mana pun aku, aku tak dapat lari dari hakikat bahawa kau sentiasa di hatiku. Arghhh..hampir jauh aku dari lamunan duniawi....
Mirmo..mirmo..mirmo zibangg...
“aishh...sapelah bagi mesej pagi-pagi buta ni. Barangkali adik-adik usrah atau sahabat2 bagi mesej untuk kejutkan bangun qiam.....”, rungut Insyirah Humaira’ ..
1 message is received...
“Rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam..=) ..”
Sender;
Shahran..
Allah........hampir nak terlempar handset Sony Ericson ku..
“Sayang???mungkin tersalah hantar kot mamat ni..perlu kah aku membalasnya?Allah...sedihnya hati...dah ada orang lain ke dia ni..patutlah dah berzaman tak kontak aku..Ya Allah..bantu aku..redha kan aku dengan setiap kejadianMu ini..amin...” , monolog Insyirah..
“haaa...baik aku mesej Qaisy Laila, Tanya pendapat dia. Rasanya dia dah bangun qiam ni......”
“salam..wahai tuan puteri si cantik manis...dah bangun ke??,” insyirah memulakan bicara..
“wasalam...sudah tuan puteri yang indah rupawan. Nak pi amik wuduk jap lagi..iya?kenapa ni?mesti ada hal ni, kalau tak, cik Insyirah kita ni xkan mesej mcm ni, biasanya tazkirah qiam lain yang Insyirah bagi...”, Qaisy Laila cuba meneka tujuan Insyirah mesej sebegitu rupa..
“alamak..dapat agak ye..hehee..qaisy ni memang kawan baik Insyirah lah, dah memahami isi hati Insyirah..hehee...Insyirah tak tidur pun..tak dapat nak tidur..emm..”
“ala, qaisy kenal insyirah ni dah hampir 3 tahun lebih, of course lah ana kenal insyirah ni macam mana..hehe..ok2..straight to the point..insyaAllah, kalau qaisy boleh tolong, Qaisy tolong....”
“ok qaisy..ni buat kita bertambah sayang kat qaisy ni!!heee...em...tadi tetiba ana dapat mesej dari Shahran...mesejnya dia tulis..”rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam..=)”..rasa macam dia salah hantar mesej. So, apa pendapat qaisy??perlu ke ana balas mesej dia??emmmm...”
“Allah.. mesti hati enti resah gelisah kan.. bawa banyak bersabar ye..em..ana nasihatkan, cuba lah balas, mana tahu, mungkin memang betul mesej tu untuk enti.. husnuzon ye sayang. Enti kan selalu ajar ana supaya selalu husnuzon dengan Allah dan manusia...cuba lah..belum cuba belum tahu.. dan ana yakin, enti dah buat persiapan dari segi minda dan hati dah kan??insyirah yang ana kenal ni kan kuat dan tabah orangnya....=) “
“Allah..jangan enti..enti terlalu sanjung ana..ana ni pun manusia biasa..punya hati dan perasaan..insyaAllah..ana cuba ya..nanti apa2 hal ana roger2 enti..ok..sori ganggu..dah2..selamat qiam..ana ABC(Allah Bagi Cuti), so, ana akan berzikir dan jengah2 tafsir ana sekejap sebab ana dah janji dengan dia nak jengah dia subuh nanti..k...assalamualaikum....”
“orait sayang....beres...be strong ok...pe2 hal, mesej ana..k..waalaikumussalam..”
********
Laju saja aku menaip keypad handset.
“Rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam..=)? Maaf.. enta salah hantar mesej ya??=) ..” Insyirah nekad memulakan bicara..
“eh, tak adalah..memang bagi kat enti tu...” Shahran meyakinkan Insyirah..
Allah..biar betul kat aku?? Ya Allah, gembiranya aku...alhamdulillah..ternyata dia masih tak lupakan aku..alhamdulillah.. segala2 puji hanya bagi Allah..
“Oic..ingat enta salah bagi mesej dan mesej di bawah minda sedar tadi....ok..insyaAllah..syukran atas ingatan tu..nak bangun dah lah ni..” Insyirah cuba menutup kegugupan hati..
“=) ..xda lah..masih waras lagi ni. Alhamdulillah..bagus.. ok lah macam tu.. selamat qiam.. esok2, jangan lewat2 tidur pulak ye..xelok lewat2 tidur..ok..jaga keseluruhannya..Assalamualaikum..” seperti biasa, shahran pantas menamatkan perbualan..
“erk..mana tahu ni ana selalu tidur lewat ni..ok2..insyaAllah..ana cuba..enta juga...selamat qiam dan jaga keseluruhannya..Waalaikumussalam...”
*********************************************************************************
“see, kan ana dah cakap.memang mesej untuk enti. Nasib baik enti balas mesej dia, kalau tak, selamanya lah da orang makan hati bergulaikan hempedu..hehe..” gelak Qaisy Laila..
“Eeeee qaisy ni..ngada betul....”
“huhu..ada orang malu beb...ehhee..merah dah muka...semerah namanya humaira’..huhuhu....enti ni makin marah, makin comel lah..tapi comel ana lagi..hehehehehe...”
“amboi2..masuk bakul angkat sendiri Nampak..”
“asamboi xda jual kat sini......”
“uit!!!ceiitt..memain kamu ya..jaga lah....”
Berlaku lah aksi kejar mengejar antara dua sahabat. Insyirah nekad untuk memberi cubitan berbisanya di peha Qaisy...
“jagalah qaisy!!ana kejar sampai dapat...”
“kejarlah!!tak takut pun..ehehhee”
********************************************************************************
“Apa yang bakal terjadi untuk keesokkan harinya? Pelbagai tanda persoalan penuh bermain di fikiran. Apa-apa pun aku sentiasa berdoa moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Rindu semalam telah terlerai. Doaku ya Allah, leraikanlah rinduku padanya sehingga hijab terbuku antara kami. Jaga lah dia ya Allah sebagaimana Engkau jaga aku ya Allah.. doaku andai benar dia jodohku, peliharalah kami dan tetapkanlah kami di jalanMu sehingga tiba masanya yang Engkau tetapkan untuk dia dan aku bersatu di jalanMu. Jadikan kami sebagai pejuang agamaMu yang tak pernah bosan berjuang di jalanMu. Jadikan kami antara insane-insan terpilih untuk melamar redhaMu. Ya Allah, andai ditakdirkan dia bukan milikku dan aku bukan miliknya, tetapkanlah iman kami, teguhkan iman kami, dan redhakan kami atas suratan takdir ini. Jauhkan hati kami dari sering merindui antara satu sama lain. Apa-apa pun yang Engkau takdirkan untuk aku dan dia, aku redha atas suratanMu. Moga hari esok lebih baik dari semalam..amin..” rintih hati Insyirah Humaira di malam hari meminta kepada Sang Pencipta Cinta.
**************************************************************************
Malai rinduku mreintih kecintaan..
Duduk termenung hanya bingung kerinduan...
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang..
Telah lama ku satukan semua kasihku dalam gemala...
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana..
Duhai Kasih hijabMu..
Di sini masyhur rupaMu ..
Di mata qalbi ini berbaringan di usik rindu azali..
Di manakah Kekasih yang jauh dariku..
Memakan debu rinduMu..
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum..
Kau Kekasih antara lamunan...
Segala kalimahku ini siapa yang mengerti..
Menghilang tahun kutahan dahaga..
Setelah habis madah untuk sang puteri..
Pautan kasih kukenal sendiri..
Teringin ku melihat sebalik hijabMu...
Wajah yang ku puja..
Kekasih..
Lama sudah aku merindu..
Larut nan denai..
Larat nan damai...
Haram kelamin..
Untuk kita bercerai rasa kasih dan sayang dalam keredhaanMu....
~Hijab Kekasih~
“...kalau setiap saat enti ingatkan Allah dan setiap saat itu juga ana teringatkan Allah..bermakna pada waktu itu kita menjadi satu kerana mencintaiNya yang satu. Di situlah selayaknya hati kita bersatu......”
“..terima kasih Insyirah Humaira’ binti Abd Hakim kerana sudi menunggu ana selama tiga tahun tanpa sebarang khabar sekalipun yang ana titipkan buat enti. Alhamdulillah. Keyakinan ana pada enti tak sia-sia. Rasanya sudah sampai masanya ana menyunting bunga di taman larangan ini. Kiranya sudi tuan puteri ini menerima risikan tuan hamba yang dhaif ini. insyaAllah buat pertama kalinya, dengan izin Allah jua keluarga tuan puteri, ambe akan bertandang ke rumah tuan puteri bagi menyunting bunga di taman larangan ini dua hari lagi..Mohon kiranya berbesar hati andai lamaran ana diterima...sekian..yang sentiasa mengasihi dari jauh.....Ahmad Shahran Firdaus bin Iskandar...”
Emel dari Shahran aku baca berulang kali. Benarkah apa yang aku baca ini?? Ini bukan ilusi.
Allah...alhamdulillah...segala2 puji hanya bagi Allah.. Ya Allah..engkau berkatilah perjalanan hidup kami.. jadikanlah kami sebagai mujahid dan mujahidah yang tak pernah takut untuk berjuang menegakkan agamaMu. Segera Insyirah Humaira mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat syukur dan bermunajat kepada Allah...
Seusai solat, Insyirah berdoa dan memanjatkan sejuta kesyukuran kepada Tuhan sekalian Alam..

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…. Ya Haiyyu Ya Qayyum
Di malam yang dingin ini,aku ingin mengadu kepadaMu,
kepada siapa lagi igin aku luahkan perasaan ini selain Engkau yang memiliki jiwa ini.
Sesungguhnya tidaklah terhitung syukurku kepadaMu dengan nikmat yang melimpah ruah yang Engkau berikan..Aku bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita yang padanya punyai keindahan dan kelembutan .
Namun,menjaga nikmat wanita ini amatlah berat bagiku.Sesungguhnya tiadalah daya aku melainkan dengan Rahmatmu.
Ya Rabb
Amatlah berat bagiku untuk memikul beban perintahmu.
Aku 'terpaksa' melabuhkan tudungku ,tatkala yang lainnya 'menggayakan' dengan berbagai2 cara pakaian yang mendatangkan murkaMu
Aku 'terpaksa' memakai baju yang menyembunyikan perhiasan tubuh badanku,tatkala yang lainnya "menayangkan" kepada kaum Adam sebagai santapan.
Aku 'terpaksa' menjaga hubunganku dengan lelaki yang bukan muhrim dari segi percakapan dan tingkahlaku,tatkala yang lainnya bergurau senda,bersentuhan,bagaikan tiada lagi maruah dan harga diri,

Ya Rahman,
Sesungguhnya,aku berasa sungguh asing sekali apabila aku menjalankan perintahmu.Mereka mencemuh aku dan memandang rendah kepadaku,Lalu,aku teringatkan pesanMu:
Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api." (Hr. at-Tirmidzi)
Aku menangis setiapkali mengenangkan peristiwa ini.Tetapi kini aku sedar,bahawa apa yang aku harapkan hanyalah Cinta Agungmu dan moga aku bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan aku menjadi diantara ummatnya yang taat di Syurgamu yang penuh dengan nikmat. . .

Ya Rahim,
Alhamdulillah. Atas kesabaran aku dan keyakinan aku terhadap janjiMu padaku, akhinya Kau memberikan hadiah teristimewa buatku sehingga kan aku rasa aku tidak layak untuk menerimanya. Kau hadiahkan insan yang ku kira hebat segala segi walau ada jua kekurangannya. Kau hadiahkan pejuang agamaMu untuk membimbing aku dan menjadi pelengkap hidupku dan melengkapkan separuh dari agamaku. Terima kasih ya Allah kerana Kau tak pernah hampakan hambaMu. Rasa tak layak diri ini untuk meminta lebih-lebih dariMu memandangkan telah banyak yang Kau hadiahkan buatku, namun, satu doa ku, moga Kau sentiasa meredhai kami dan jua pasangan-pasangan lain. Moga kami mati dalam iman dan agamaMu. Ya Allah, sesungguhnya banyak yang ingin aku minta dariMu, tapi aku bukan lah pandai berkata-kata. Lagipun, ku tahu, Kau lebih maha mengetahui apa yang tersirat di hati ku dan apa yang terbaik buatku. Segala-galanya aku telah serahkan kepada Kau kerana aku yakin dengan janji-janji Mu. Tetapkan kami sentiasa dalam redhaMu. Amin…”

by : http://wardatushauqah90.blogspot.com
**********************************************************************************

1 comment:

  1. Alhamdulillah saya suka sangat nukilan pemilik blog ni..sungguh ayatnya mmg menarik minat nak membaca dan mebaca lagi kisah seterusnya ..seperti novel islamic karya pendek...pendapat saya anda boleh menjadi penulis novel.

    ReplyDelete