Wednesday, December 22, 2010

luahan pengurusan tv alhijrah atas kunjungan student KKM UKM

terima kunjungan student UKM


semalam TVAlhijrah dikunjungi sekumpulan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
comel-comel je student kita ni, macam budak sekolah menengah je semuanya
rupa-rupanya adik-adik kita ni datang dengan harapan yang besar iaitu agar stesen TVAlHijrah membantu mereka menjayakan Festival Kesenian Islam di universiti tersebut terutamanya dari segi promosi, publisiti dan sebagainya
mula-mula aku ingat diaorang ni student sekolah pondok yang datang nak jual kismis hahahaha (jangan marah dik), lagipun mereka takde buat appointment, macam orang sekarang cakap – redah jer!
so bila tengok mereka tercangak-cangak kat pintu masuk, aku pun minta pak guard bawa mereka ke bilik mesyuarat
 actually pertemuan tu berlangsung dalam suasana yang santai saja, aku saja create keadaan sebegitu kerana tidak mahu mereka takut-takut atau segan dengan kami di sini
 maklumlah, tak banyak sikit perasaan segan silu pasti ada apatah lagi ada di antara mereka baru 1st year student
terus-terang, aku cukup kagum dengan usaha mereka…maklumlah, mereka boleh ambil jalan mudah dengan masuk university dan lepak je dalam bilik macam majoriti budak universiti lain
aku pun pernah jadi student, jadi aku faham sangat betapa peritnya kalau kolej minta kita buat event, paling sakit bila nak cari sponsor
tapi adik-adik kita ni ambil tanggung jawab untuk menjayakan festival tersebut walaupun diri mereka sendiri terpaksa bergelut dengan buku-buku, nota kuliah dan sebagainya
 aku dah boleh bayangkan, kalaulah dalam umur semuda 20-an lagi mereka dah boleh organize event yang besar-besar macam ni, maknanya dalam usia menjelang 40-an mungkin mereka sudah berupaya memimpin negara, siapa tahukan?
cuma aku kesal sedikit kerana katanya ada stesen tv yang mereka approach, memandang lekeh usaha mereka
malah ada yang minta berpuluh ribu ringgit kalau mahukan kerjasama untuk penganjuran festival itu, astaga, manalah budak-budak ni nak cari duit banyak tu, ishk!
takpe, kalau stesen TV lain taknak, InsyaAllah TVAlhijrah akan bantu mereka sedaya yang mungkin
dan selagi aku di sini, aku akan pastikan ianya menjadi kenyataan
SAK: Teringin masa buat event waktu student dulu, nak minta satu company ni sponsor selipar jepun pun boleh kena reject, la ni company tu pun dah bangkrap, hambekkkkk!!!!

FEeL DoWn ???~~!!

Langit Ilahi Rotating Header Image

Motivasi: Kelemahan

feeling weak? ~ Picture by shadows in twilight of Deviant Art
feeling weak? ~ Picture by shadows in twilight of Deviant Art
Adakala manusia rasa lemah. Atau istilah zaman sekarang - DOWN.
Tiada siapa terlepas daripada perasaan ini. Ditambah pula, angin kesedihan akan wujud memeluk kita apabila kita berada dalam situasi ini, tambah melemahkan lagi diri kita yang telah sedia lemah ini.
Orang selalu mencari jalan untuk ‘tidak disentuh langsung oleh kelemahan’. Tetapi saya nyatakan di sini, itu adalah jalan yang mustahil dan di hujungnya hanya ada kekecewaan. Kerana, rasa lemah adalah fitrah bagi mereka yang menjalani kehidupan.
Sepatutnya, kita melihat realiti. Dan mencari ‘bagaimanakah apabila disentuh kelemahan, kita mampu mencapai kekuatan’.
Di sinilah saya berkongsi. Memperingatkan diri sendiri yang ada kalanya juga disapa angin kelemahan.
Harapan untuk bangkit
Apakah yang ada pada orang-orang yang disapa kelemahan, untuk dijadikan harapan sebagai tenaga bangkit semula?
Pada saya, tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT.
Bagaimanakah keimanan kita?
Hubungan kita dengan Allah SWT?
Itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan.

Dia dan janji-janjiNya
Keimanan tadi akan menarik kita kembali kepada kesedaran. Namun keimanan tadi tidak akan terus melontarkan kita keluar dari kancah kelemahan. Keimanan hanyalah asas, sama hendak gunakannya untuk membina kekuatan, atau sekadar membiarkan.
Dengan keimanan, kita melihat janji-janji Allah SWT yang pasti.
“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak membenci.” Surah Ad-Dhuha ayat 3.
Keimanan itulah yang akan mengajak kita kembali melihat ke belakang, melihat hari-hari senang yang pernah kita lalui, lantas mewujudkan di hati kita persoalan: “Ketika itu, kala aku senang itu, siapakah yang memberi?”
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” Surah Asy-Syarh ayat 1-3.
Akhirnya keimanan itulah yang menyatakan bahawa: “Yang memberikan kita kesenangan itulah juga yang akan memberikan kita kesenangan sekali lagi selepas kelemahan ini.”
Tetapi persoalan selepas itu adalah terletak pada diri kita sendiri.
Usaha untuk mengeluarkan diri dari kelemahan.
Iman sudah menyediakan asas kekuatan.
Apakah kita hendak mengambil kekuatan itu dan bergerak mengeluarkan diri dari kelemahan?
Pastinya bukan sekelip mata
Ada orang mengidamkan fantasi. Kononnya selepas membaca sesuatu yang memotivasi, ketika itu juga terus keadaan berubah menjadi tenang seakan tiada kelemahan yang pernah terjadi.
Silap. Kesilapan inilah yang sering membuatkan manusia terperusuk lebih dalam ke arah kelemahan. Apabila dia melihat dia perlukan usaha, dan bersusah payah untuk keluar dari kelemahan, semangatnya luntur dan dia tidak akan mampu keluar.
Sedang realiti adalah, usaha itu diperlukan untuk keluar dari kelemahan. Bukan sekelip mata, tetapi perlukan tabah dan kecekalan untuk mengeluarkan diri daripadanya.
Sebab itu diperingatkan akan tidak berputus asa.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
Allah itu ada. Maka teruskan usaha.
Penutup: Bergerak atas keimanan. Itu kuncinya.
Benteng terakhir sebelum kita benar-benar tidak akan bangkit, adalah keimanan. Keimanan ibarat bateri yang menggerakkan manusia di atas muka bumi.
Kalau itu telah hilang dari diri, jangan cerita fasal kebangkitan mencapai kekuatan lagi.
Maka perhatikan semula keimanan kita. Hubungan kita dengan Allah SWT.
Itulah yang menjamin kelansungan kita, dalam perjalanan bangkit daripada kelemahan diri, kepada kekuatan sebagai hamba Ilahi.

Saturday, December 11, 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.. ( Renungan Bersama )

Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.


Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Wednesday, December 8, 2010

~tanda-tanda rumah yang tidak dimasuki oleh syaitan..~

Allah berfirman ertinya:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.



RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN


1)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

2)Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

3)Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dimana hanya mengambil yang halal.

5)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim.

6))Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

7)Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan soleh dan solehah serta saling memahami dan bertolak ansur.

8)Rumah yang penghuninya menunaikan hak-hak dan kewajipannya.

9)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan rahsia.

10)Rumah yang penghuninya tidak melakukan kerja-kerja haram.

11)Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada perkara-perkara bid'ah.

12)Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.

13)Rumah yang penghuninya penuh dengan salam dan meminta izin.

14)Rumah yang penghuninya saling bermaafan antara satu sama lain.

15)Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada perbuatan tercela.

16)Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.

17)Rumah yang dibacakan surah al Baqoroh setiap tiga hari

18)Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan pada Allah.

Tuesday, December 7, 2010

lagi kelebihan surah yasin

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

HUKUM MENONTON WAYANG

Amaran! Ikuti keseluruhan artikel ini sehingga baris yang terakhir, agar anda benar-benar jelas akan hukumnya.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - Soalan Terkumpul

SUB KATEGORI: Umum

Soalan :Apakah hukum mengikut pandangan ulama' tentang masuk ke panggung wayang?

Jawapan:
Hukum masuk ke panggung wayang adalah berdosa kerana penuh dengan unsur-unsur yang ditegah oleh hukum syarak.

iLuvislam.com
Panggung wayang adalah benda baru dan tidak ada nas yang mengharamkan panggung wayang. Namun sesuatu yang tidak diharamkan lizatihi ( kerananya ) berkemungkinan diharmkan lighoiri ( disebabkan hal-hal yang mendatang ). Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya.

Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-

1. Cerita yang ditayangkan (mengandungi unsur-unsur haram di sisi Islam)
2. Kedudukan yang bercampur antara lelaki dan perempuan
3. Mengundang fitnah

Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan .

wallahu 'a'lam.

Blog Soal Jawab
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

Jawapan:

wa’alaikumussalam

Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:


Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Tetapi pada hakikatnya, adakah pawagam atau panggung wayang yang sedia ada pada hari ini mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan tersebut? Adakah benar tidak mengandungi unsur-unsur kurang sopan, tidak bercampur baur lelaki dan wanita, tidak mengundang fitnah dan tiada unsur-unsur yang mengundang bala' daripada Allah? Sudah tentu tidak, ia langsung tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas malahan mencabar hukum Allah dan mengajak manusia lalai daripada mengingati Allah.

Maka haramlah ia seperti mana yang disebut dalam soal jawab JAKIM kerana pawagam-pawagam yang ada pada hari ini jelas mengandungi unsur-unsur yang melanggar syara' dan batas-batas agama.

Adakah anda ingin mencabar Hukum Allah? Silakan...

Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan

p/s: Dah berapa kali berkunjung ke rumah Allah tahun ni berbanding berkunjung ke rumah syaitan..ke surau jarang skali tp ke tempat2 hiburan sgt la laju...nak iktikaf di surau 1/2 jam tuk baca quran pon susah tp duduk terpacak di wayang smpai berejam2 xde masalah pulak....Nauzubillah...AKHIR ZAMAN..AKHIR ZAMAN...

Wallahua'lam.

KELEBIHAN PADA SETIAP AYAT SURAH YAASIN

Kelebihan Surah Yaasin...

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.......

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tibaTiupan 11 - HancurTiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:Buah Zaiton - Elok untuk kulitKurma - Berkhasiat (memberi tenaga)Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarabAd Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh2. 3 Jumaat berturut-turut3. Ayat 1 - Yassin baca 7x4. Ayat 38 - 12x5. Ayat 58 - 7x6. Ayat 82 - 14x7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.